"Tak Ambil Tahu Isu Palestin Hukvmnya Berdosa, Nabi Muhammad Tak Mengaku Umat" - Uataz Adnin


Pendakwah, penulis novel dan penerbit lagu Ustaz Adnin Roslan menjelaskan berd0sa sekiranya umat Islam tidak mengambil tahu tentang kemelut yang meng4ncam negara Islam, Palestin.

Kata Ustaz Adnin, mengambil tahu tentang peristiwa yang terjadi di Palestin bukan sekadar membabitkan 1su kemanusiaan tetapi juga akidah sebagai umat Islam.

“Sahabat sekalian hukvmnya berd0sa sebab isu Palestin ni bukan sekadar isu kemanusiaan tapi ini adalah 1su akidah.

“Pertamanya, kalau kita tak ambil tahu 1su Palestin ni Nabi Muhammad S.A.W tak mengaku umat.

“Nabi pernah bersabda, siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam maka dia bukan di kalangan mereka. Makna kalau kita tak ambil tahu tentang saudara kita kat Palestin, kita bukanlah di kalangan umat Islam,” jelasnya.

Ustaz Adnin yang juga pemilik syarikat Tarbiah Sentap tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya di Instagram pada Rabu.

Menerusi soalan terbabit, pengikutnya bertanya adakah berd0sa sekiranya dirinya tidak mengambil tahu tentang situasi di Palestin.

Tambah Ustaz Adnin lagi, cakna terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Islam di Palestin merupakan satu tanda keimanan seseorang individu.

“Yang kedua Nabi Muhammad S.A.W memberitahu, umat Islam umpama satu jasad, kalau s4kit sebahagian maka akan s4kitlah seluruh jasad.

“Kalau kita mengaku beriman tapi langsung tak rasa apa-apapun bila lihat umat Islam di sana dis3ksa dih1na maksudnya selama ini keimanan kita hanyalah palsu,” jelasnya.

Video terbabit telah ditonton lebih 135,000 kali di media sosial.

Keg4nasan berterusan di bumi Gaza sejak akhir bulan Ramadan dengan ketegangan antara Hamas dan rejim Zionis meningkat.

Pengusiran rakyat Palestin daripada rumah mereka di Timur Baitulmuqaddis dan prov0kasi tentera Israel di Masjid Al-Aqsa minggu lalu mem4ksa campur tangan Hamas dan angkatan kanannya Bridged Al-Qasam.

Ket3gangan itu tidak pernah disaksikan sejak tahun 2014 dengan ser4ngan balas bertali-arus antara Hamas dan Zi0nis Israel.

Peningkatan ketegangan di Asia Barat itu mendapat perhatian antarabangsa dengan kebanyakan negara menggesa ia diredakan.
Malaysia turut mengvtuk keras tindakan Israel yang bertindak g4nas terhadap penduduk Palestin.

Sumber : gempak / malaysiatimes