Didakwa rentas negeri beli karpet, Neelofa & PU Riz mengaku tak bersalah


Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi atas dua pertuduhan iaitu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Menerusi Bernama, kenderaan yang membawa Neelofa dan Haris telah tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi.

Walau bagaimanapun, Neelofa dan PU Riz  mengaku tidak bersalah  atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP)   dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mahkamah telah menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap tuduhan. Sebutan semula kes akan dibuat pada 4 Jun 2021.

Sumber: Bernama