Dua tahun sibuk mengajar... Najwa Latif buat 'comeback'! Tak Kisah Pun hadiah buat peminat

DUA tahun sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta, penyanyi Najwa Latif muncul dengan lagu baharu berjudul  untuk peminat-peminatnya.   Najwa, 26, berkata, dia tidak berasa terbeban untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian berikutan minat yang mendalam terhadap kariernya itu.   “Sudah lebih dua tahun saya bergelar pensyarah bahasa Inggeris di UNITAR International University.   “Jujurnya, saya gembira dengan apa yang saya usahakan sekarang ini.   “Walaupun sibuk sebagai pengajar, saya tetap muncul dengan lagu baharu berjudul  yang merupakan produk sulung dari syarikat rakaman saya sendiri, NL Entertainment," katanya kepada .   Sementara itu, Najwa mengakui karier seninya agak perlahan pada tahun lalu kerana sibuk dengan pengajian sarjana di Universiti Malaya (UM).   Bagaimanapun, penyanyi lagu  ini bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya itu pada Oktober tahun lalu.   “Saya melengkapkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Ing