Hilang Kerja Kerana Covid-19, Pilot Terpaksa Jadi ‘Runner’ Foodpanda Demi Rezeki
Sejak berlakunya Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP) bermula Mac tahun ini disebabkan pendemik Covid-19, ramai rakyat Malaysia menerima tempias kehilangan pekerjaan disebabkan ekonomi negara yang agak teruk.
Susulan daripada itu, seorang lelaki telah berkongsi perjalanan pekerjaannya yang berubah dari seorang juruterbang kepada penghantar makanan disebabkan kehilangan pekerjaan tetap.
Terkesan dengan pendemik
Menerusi Facebook, Anwar Ajid telah berkongsi transisi kehidupannya dari bekerja di awan biru bertukar menjadi seorang penghantar makanan demi kelangsungan hidup.
Skop kerja setiap syarikat penghantaran
Dalam pada itu, Anwar turut mengklasifikasikan beberapa syarikat penghantaran yang pernah disertainya sepanjang PKP selepas kehilangan pekerjaan sebagai juruterbang.
Dulu boleh dapat Rm600 sehari, sekarang RM50 je
Anwar yang sudah bekeluarga dan mempunyai seorang anak mengakui bahawa kehidupan yang dilalui ini adalah salah satu ujian yang perlu dihadapi bersama.
Walaupun sudah tidak menjadi seorang juruterbang, namun dia tetap berusaha demi memastikan punca pendapatan keluarga tidak terjejas.
Semoga bertabah dan jangan putus asa
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh Anwar itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas kisah perjalanan kerjayanya sepanjang pendemik ini berlaku.
Mereka jugam mendoakan agar bekas juruterbang itu terus dimurahkan rezeki dan dapat menyara keluarga walaupun sedang mengalami cabaran dalam menghadapi gejolak ekonomi negara.
Selagi ada peluang rezeki, inn shaa Allah
Semoga dimurahkan rezeki
Sumber: Anwar Ajid











